Nabi Ismail Sebagai Qurban
Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.
Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: " Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya: " Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya." Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: " Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah." Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: " Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku." Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: " Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ." Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.
Tuesday, February 10
Nabi Ibrahim Disembunyi Dalam Gua
BERIKUTNYA ialah Nabi Ibrahim. Beliau dilahirkan dalam suasana cemas ketika pemerintahan Raja Namrud di Babilon, yang memerintahkan supaya semua bayi dibunuh. Namun, Ibrahim terselamat kerana ibunya membawa dan menyembunyikannya di gua. Suasana cemas itu diciptakan Namrud sendiri kerana tidak mahu orang lain merampas takhta dan meruntuhkan kerajaannya.
Dia memutuskan supaya semua bayi, sama ada lelaki atau perempuan yang dilahirkan terus dibunuh.
Menurut ahli sejarah, Namrud bertindak sedemikian selepas bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu menghancurkannya.
Dia terpengaruh dengan ahli sihir yang menafsirkan mimpinya. Ahli sihir terbabit berkata: “Satu ketika akan lahir seorang bayi. Apabila dewasa, dia akan merosakkan takhta raja, kemudian takhta itu jatuh dan mahkotanya turut hilang.”
Raja Namrud atau nama penuhnya Namrud bin Kan’an bin Kusy memang terkenal dengan kekejamannya kerana memerintah negara tanpa berpandukan akal, sebaliknya bersendikan nafsu.
Justeru, dia cepat melenting apabila diberitahu sesuatu perkara walaupun belum pasti kebenarannya. Rakyat yang dicurigai menggugat kuasanya terus diancam dengan pedang menyebabkan semua takut dan tunduk kepada kehendaknya.
Sementara itu, Ibrahim yang disusu dan dibesarkan ibunya di gua, apabila usianya meningkat cuba melihat keindahan alam di luar gua. Beliau mendongak ke langit terbentang luas, melihat gunung menjulang tinggi dan matahari yang begitu besar.
Pada waktu malam dilihatnya bulan dan bintang, dengan seketika direnung dan cuba difikirkannya. Ada ketika beliau menyangka bintang berkelip, bulan menerangi kegelapan malam dan matahari yang menyinari sepanjang hari itu Tuhan.
Namun selepas difikirkan, semua makhluk itu berakhir kerana apabila sampai masanya ia hilang (tenggelam). Beliau menggunakan akal yang waras, tidak suka benda yang hilang, lalu tidak dijadikannya Tuhan.
Sebaliknya, Namrud yang tidak menggunakan akal, dengan mudah menjadikan apa yang ada di sekelilingnya sebagai Tuhan, termasuk ukiran yang dihasilkan rakyatnya sendiri, turut dipuja dan disembah.
Dia juga memerintah rakyatnya supaya turut menyembah gambar pada batu dengan katanya: “Ini Tuhan yang aku sembah, sembahlah kepadanya.” Kemudian, Nabi Ibrahim dibawa keluar dari gua itu.
Ketika itu juga Raja Namrud tidak lagi mengambil berat dengan perintah pembunuhan bayi, malah berita mengenai perkara itu mula berkurangan. Ibrahim keluar kepada kaumnya.
Beliau tersentak seketika apabila mendapati kaumnya berada dalam kesesatan, dengan menyembah patung, ukiran batu dan berhala yang direka sendiri. Ketika itu bapanya sendiri turut membuat patung untuk dijual kepada orang ramai dengan tujuan menjadikannya sembahan.
Melihat keadaan itu Ibrahim berdoa: “Wahai Tuhan, aku sedang menderita, iaitu penderitaan batin, melihat kemungkaran dan kesesatan, untuk apakah akal yang dikurniakan Allah kepada mereka?
Apakah akal itu semata-mata digunakan untuk melakukan kerosakan dan mencari kekayaan? Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku dan jika Tuhan tidak memberi petunjuk aku akan menjadi sesat seperti orang ramai yang sesat dan melakukan penganiayaan itu.”
Allah menerima doa itu dan memberi petunjuk kepada Ibrahim, lalu beliau dilantik menjadi nabi dan rasul, dengan diturunkan wahyu bagi memperteguhkan lagi kepercayaan terhadapNya.
Sejurus kemudian Ibrahim memikirkan kejadian alam ini. Pemikirannya bertambah dalam, hingga ke alam akhirat, hingga terdetik dalam akalnya cara Tuhan menghidupkan manusia yang sudah mati.
Walaupun cuba diselesaikan masalah itu menggunakan akalnya, beliau tidak juga berjaya, kerana hal berkaitan menghidupkan makhluk yang mati memang di luar kemampuan manusia.
Justeru, beliau berdoa kepada Allah supaya memperlihatkan kepadanya mengenai perkara itu. Doa Ibrahim itu diterima, namun Allah bertanya kepadanya: “Apakah engkau wahai Ibrahim belum beriman?“
Ibrahim berkata: “Tidak sekali-kali, bukankah Engkau telah memberikan wahyu kepadaku dan aku sudah percaya dan membenarkannya. Tetapi perkara ini semata-mata bagi menguatkan imanku.”
Lalu Allah menyuruhnya mengambil empat ekor burung, kemudian burung itu masing-masing dipotong dan dipisahkan setiap anggota badannya, supaya Ibrahim melihat sendiri bagaimana burung itu dihidupkan kembali.
Potongan kecil daripada empat ekor burung itu dihancurkan, lalu diceraikan antara satu sama lain. Kemudian burung yang sudah dihancurkan itu dijadikan empat bahagian, dengan masing-masing bahagian itu diletakkan di atas puncak empat bukit berjauhan.
Kemudian Ibrahim diperintahkan supaya memanggil burung yang hancur itu. Selesai saja Ibrahim memanggil burung itu, masing-masing terbang dan bercantum kembali.
Seterusnya burung itu masing-masing terbang ke arah Ibrahim. Peristiwa itu dilihat Ibrahim dengan kagum.
Selepas itu Allah menurunkan wahyu kepada Ibrahim: “Demikian juga Aku membangkit dan menghidupkan manusia yang sudah mati untuk dihidupkan di alam akhirat dan akan dihisabkan semua amalannya sewaktu berada di dunia. Dan semua manusia akan menerima balasan masing-masing.”

Subscribe to:
Posts (Atom)